Halaman

SELAMAT DATANG

Dalam blog ini terdapat nota-nota dan latihan kata adjektif. Haraplah kandungan dalam blog ini dapat membantu anda memahami dengan lebih teliti dan dapat menguasai kata adjektif.

Selasa, 23 Oktober 2012

KATA ADJEKTIF



Kata adjektif ialah perkataan yang menunjukkan atau menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. 

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-          rasa 

-          pandang
-          dengar
-          bau
-          sentuh

Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.


 
Contoh ayat dalam Kata adjektif :

a. Kata adjektif sifat:  
 1.  Budak nakal selalu kena marah.
 2.  Dia lemah dalam matematik
 3.  Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
 4.  Anak Pak Kamar bijak sekali. 
 5.  Peserta itu berdiri dengan cergas.


b. Kata adjektif warna :
1.   Adik suka pakai baju hijau.
2.   Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3.   Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4.   Kereta merah itu kepunyaan abang.
5.   Dia memiliki mata berwarna biru.


c. Kata adjektif ukuran:
1.  Buku tebal itu sudah saya baca.
2.  Anaknya masih kecil lagi.
3.  Badannya semakin kurus.
4.  Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5.  Pokok itu semakin hari semakin tinggi.


d. Kata adjektif bentuk:
1.  Jalan lurus mudah dilalui.
2.  Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3.  Mukanya bujur sirih.
4.  Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5.  Matanya tajam memandang ke hadapan.


e.  Kata adjektif waktu:
1.  Kedatangannya lewat hari ini.
2.  Dia berada di kampus sehari suntuk.
3.  Kenangan silam sukar dilupakan.
4.  Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5.  Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.


f.   Kata adjektif jarak:
1.  Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2.  Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3.  Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

g. Kata adjektif cara:
1.  Abu selalu bergaduh dengan murid yang nakal itu.
2.  Li Hua jarang bercakap dengan murid sedarjah.
3.  Semasa pertandingan olahraga, Aimin berlari dengan laju.

h. Kata adjektif pancaindera:
1.  Sedapnya nasi lemak yang dimasak oleh ibu.
2.  Yee Ling ialah seorang gadis yang cantik.
3.  Murid-murid yang berada di kelas sangat senyap.

i. Kata adjektif perasaan:
1.  Li Ling berasa takut apabila menonton filem yang menakutkan.
2.  Nenek Swee Meng sangat rindu akan bapanya.
3.  Xue Nee sangat gembira .