Kata adjektif ialah perkataan yang menunjukkan atau
menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara.
Kata adjektif
boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Jenis
|
Contoh
|
Sifat
|
Baik, cerdik,
berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
|
warna
|
Merah,
jingga, ungu, putih, kuning langsat
|
ukuran
|
Pendek,
panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
|
bentuk
|
Bulat, bujur,
leper, empat segi, lonjong.
|
waktu
|
Lama, lambat,
lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
|
jarak
|
Dekat,
hampir, jauh
|
cara
|
Selalu,
jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
|
Pancaindera
-
rasa
-
pandang
-
dengar
-
bau
-
sentuh
|
Sedap, lzat,
manis,pahit, lemak, pedas
Buruk, hodoh,
jelita, cantik
Bising,
senyap
Busuk, wangi,
hangit, hapak
Kesat, kasar,
lembab, halus, licin
|
Adjektif
perasaan
|
Takut, seram,
benci, rindu, marah, senang, gembira.
|
Contoh ayat dalam Kata adjektif :
a. Kata adjektif sifat:
1. Budak
nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik
2. Dia lemah dalam matematik
3. Kubu
pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.
b. Kata adjektif warna :
1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah
berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya
berwarna kuning.
4. Kereta merah itu
kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata
berwarna biru.
c. Kata adjektif ukuran:
1. Buku tebal itu sudah
saya baca.
2. Anaknya masih kecil
lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu
tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari
semakin tinggi.
d. Kata adjektif bentuk:
1. Jalan lurus mudah
dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur
sirih.
4. Pinggan leper itu
untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam
memandang ke hadapan.
e. Kata adjektif waktu:
1. Kedatangannya lewat
hari ini.
2. Dia berada di kampus
sehari suntuk.
3. Kenangan silam
sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan
barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami
supaya datang awal.
f. Kata adjektif
jarak:
1. Rumahnya tidak jauh
dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat
dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir
dengan kereta saya.
g.
Kata adjektif cara:
1. Abu selalu bergaduh dengan murid yang nakal itu.
2. Li Hua jarang
bercakap dengan murid sedarjah.
3. Semasa pertandingan olahraga, Aimin berlari
dengan laju.
h.
Kata adjektif pancaindera:
1. Sedapnya
nasi lemak yang dimasak oleh ibu.
2. Yee Ling ialah seorang gadis yang cantik.
3. Murid-murid yang berada di kelas sangat senyap.
i. Kata adjektif perasaan:
1. Li Ling berasa takut apabila menonton filem yang menakutkan.
2. Nenek Swee Meng sangat rindu akan bapanya.
3. Xue Nee sangat gembira .