Halaman

SELAMAT DATANG

Dalam blog ini terdapat nota-nota dan latihan kata adjektif. Haraplah kandungan dalam blog ini dapat membantu anda memahami dengan lebih teliti dan dapat menguasai kata adjektif.

Selasa, 23 Oktober 2012

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF


i. Satu kata adjektif hanya boleh ada satu kata penguat sahaja. (gunakan  salah satu sahaja)
Salah:
©Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang.
©Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.

Betul:
©Sungai yang paling panjang di sini ialah Sungai Pahang.
©Sungai yang panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang
©Hadiah yang terlalu bernilai bagi saya ialah kereta.
©Hadiah yang bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.


ii. (kekecualian) Kata penguat bebas sahaja boleh digunakan dua untuk satu kata adjektif. (iaitu ‘sangat, amat dan sungguh’ di hadapan; serta  ‘sekali’ di belakang)
Betul:
©Makanan itu sungguh murah sekali harganya.
©Kereta itu amat mahal sekali harganya.
©Guru itu sangat rajin sekali membantu kami


iii. Kata adjektif berimbuhan ‘ter….’ tidak boleh diletakkan kata penguat.   (kecuali untuk perkataan ‘terkenal’)

Salah:
©Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu Bakar.
©Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada saya.

Betul:
©Rumah yang terbesar ialah rumah Abu Bakar.
©Rumah yang besar sekali ialah rumah Abu Bakar.
©Kejayaan itu adalah terbesar kepada saya.
©Kejayaan itu adalah sangat besar kepada saya.

iv. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan ‘kata hubung’ atau ‘kata sendi’ jika hendak dipanjangkan. (‘akan, kepada, dengan’ dan lain-lain)

Salah:
©Ali sangat rindu ibunya di desa.
©Kami terlalu marah sikap pemalunya itu
.
Betul:
©Ali sangat rindu akan ibunya di desa.
©Kami terlalu marah dengan sikap pemalunya itu.



v. Kata adjektif emosi tidak boleh berakhiran dengan ‘kan’.
Salah:
©Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu.
©Siti begitu sayangkan kakak sulungnya.
Betul:
©Dia amat marah akan anaknya yang nakal itu.
©Siti begitu sayang akan kakak sulungnya.



vi. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata penguat tidak boleh digunakan.
Salah:
©Rumah di situ besar-besar sekali.
©Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi.
 
Betul:
©Rumah di situ besar-besar.
©Rumah di situ besar sekali.
©Pokok kelapa itu tinggi-tinggi.
©Pokok kelapa itu sangat tinggi.


vii. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata nama yang bersangkutan dengan kata adjektif itu tidak boleh digandakan juga. (pilih salah satu sahaja digandakan)

Salah:
©Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
©Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya.

Betul:
©Anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
©Anak-anak Encik Rajoo pandai semuanya.
©Ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
©Ikan-ikan yang dijual itu murah harganya.


viii. Kata adjektif yang berimbuhan ‘ter…’ tidak boleh dijadikan ‘pradikat tunggal’ atau ‘pradikat yang pertama’. (tambahkan ‘lah  yang’ atau gunakan kata penguat)

Salah:
©Pelajar itu terpandai.
©Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga.
 
Betul:
©Pelajar itulah yang terpandai.
©Pelajar itu paling pandai.
©Pelajar itulah yang terpandai di tingkatan tiga.
©Pelajar itu paling pandai di tingkatan tiga.

LATIHAN-LATIHAN KATA ADJEKTIF


LATIHAN 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok



LATIHAN 2
Gariskan  kata  adjektif  yang  sesuai.

1.         Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.

2.
         Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).

3
          Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).

4.
         Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.

5.
         Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.

6.
         Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan orang ramai.

7.
         Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala  Malaysia di Stadium Nasional.

8.
         Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).



LATIHAN 3
Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.
     
1. Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan itu.[lembut/panjang /usang]

3. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

4. Pokok-pokok yang ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan segera[condong/bongkok/jatuh]

5. Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]

6. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

7. Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]

8. Nordin sentiasa _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
peperiksaan.[tekun/malas/benci]

9. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

10. Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]

JAWAPAN LATIHAN 1


1.    A
2.    A
3.    C
4.    B
5.    A
6.    D
7.    B
8.    D
9.    C
10.  C